1. BAHAN
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2-3 kuntum cengkih
1 biji buah pelaga
3 ulas bawang merah (diracik)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 cm halia (ditumbuk)
3 sudu Serbuk kari (bancuh dengan air jadikan pes)
2 sudu Cili kisar (kalau cili jenis tak pedas, letak dalam 4-5 sudu)
Ayam (lumur garam dan kunyit)
3 rangkai Daun kari
Kentang
1/2 sudu Garam
2. CARA MASAK
1. Panaskan minyak masak. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan halia serta 4 sekawan sehingga naik wangi. Kemudian masukkan pes serbuk kari dan cili kisar.
2. Masukkan air untuk kuah dan masukkan ayam.
3. Selepas ayam masak, masukkan garam, dan kentang.
Tip : Masukkan air sikit demi sikit bagi pecah minyak. Buat dalam 3 kali ke atas. Lepas dah pecah minyak baru masuk air untuk kuah.
Comments
Post a Comment