Nasi Ayam

Rasa : Wow


Bahan-Bahan:

1) Bahan untuk ayam (direbus) :

1 ekor ayam dipotong 8

2 ulas bawang putih, ditumbuk halus

2 cm halia, ditumbuk halus

1 kiub ayam


2) Bahan untuk ayam (diperap) :

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu besar sos tiram

1 cm halia, ditumbuk halus

2 ulas bawang putih, ditumbuk halus

1 sudu besar kicap cair

Sedikit madu untuk sapuan


3) Bahan untuk nasi:

3 cawan beras

4 cawan air rebusan ayam

2 sudu besar butter

1 cm halia ditumbuk halus

3 ulas bawang putih ditumbuk halus

Sedikit garam

2 bunga lawang*

4 buah pelaga*

1 kayu manis*

1 batang serai ketuk

2 helai daun pandan

Sedikit kunyit untuk warna dan aroma


4) Bahan untuk sos:

5 biji cili merah

3 ulas bawang putih

2 cm halia

1 sudu besar cuka

1 sudu teh garam

1 sudu teh gula

1/2 cawan air rebusan ayam


5) Bahan untuk sup:

Air rebusan ayam

1 biji bawang besar, dikisar

Rempah sup bunjut

Garam

Daun sup dan daun bawang yg dihiris


6) Bahan untuk kuah kicap:

Kuah kicap perapan ayam di atas

Kicap manis cap kipas udang

Sedikit garam

Air rebusan ayam


Cara Penyediaan:

1) Cara untuk ayam:

  • Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  • Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  • Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  • Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

2) Cara untuk memasak nasi:

  • Basuh beras dan tos air.
  • Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 
  • Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. 
  • Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. 
  • Masak nasi seperti biasa.

3) Cara untuk memasak sup:

  • Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
  • Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

4) Cara untuk memasak sos:

  • Kisarkan semua bahan di atas.
  • Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

5) Cara untuk memasak kuah kicap:

  • Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. 
  • Sejukkan sebelum dihidang.

Tips:

  • Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Sumber : resepichenom

Comments