1. BAHAN
3 ulas bawang merah (diracik)
3 ulas bawang putih (diracik)
2 cm halia (diracik)
3 sudu Serbuk kari (bancuh dengan air jadikan pes)
2 sudu Cili kisar (kalau cili jenis tak pedas, letak dalam 4-5 sudu)
1 ekor ikan (lumur garam dan kunyit)
3 rangkai Daun kari
Bendi
Tomato
1/2 sudu Garam
2. CARA MASAK
1. Panaskan minyak masak. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan halia sehingga naik wangi. Kemudian masukkan pes serbuk kari dan cili kisar.
2. Masukkan air untuk kuah dan masukkan ikan.
3. Selepas ikan masak, masukkan garam, bendi dan tomato.
Tip : Masukkan air sikit demi sikit bagi pecah minyak. Buat dalam 3 kali ke atas. Lepas dah pecah minyak baru masuk air untuk kuah.
Comments
Post a Comment