Rasa - tak ada rasa wow, tapi boleh la
Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - potong 6
3 sudu besar cili kisar - ikut suka pedas
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili Maggi atau secukup
2 sudu besar sos cili tomato atau secukupnya
1/2 biji bawang besar Holland - hiris
Daun sup/daun bawang - tabur
Bahan kisar:
1 1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara cara:
1. Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng hingga masak. Jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar hingga masak.
3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi dengan api perlahan sehingga cili masak. Masukkan gula dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Kacau lagi.
5. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris. Kacau sehingga bawang separuh layu, masukkan ayam goreng.
6. Kacau sebati sehingga bawang besar layu. Sesuaikan rasa. Bolehlah angkat dan dihidangkan. Jika ada, boleh tabur daun sup atau daun bawang.
Nota:
1. Cara saya untuk sambal berwarna cantik adalah dengan memasuk gula terlebih dahulu selepas cili garing.
2. Jika suka, boleh juga ditumis sekali kulit kayu manis dan bunga lawang. Saya tak letak sebab mahu cepat.
Sumber : aziekitchen
Comments
Post a Comment