Sambal Terung

Bahan : 

4 biji terung saiz sedang ~ potong serong, rendam, cuci & tos

2 sudu besar cili kisar 

3 ulas bawang merah ~ hiris

2 ulas bawang putih ~ hiris

segengam ikan bilis

1/2 kiub ikan bilis

garam, serbuk perasa & sikit gula 

sikit serbuk kunyit

minyak


Cara-cara

1. Terung digaul ngan garam & kunyit. Panaskan minyak agak byk. Goreng terung hingga nampak lembut. Angkat & ketepikan dulu. Goreng pulak ikan bilis hingga garing, angkat & ketepikan dalam pinggan berasingan.


2. Kurangkan minyak dlm kuali tadi utk menumis.. tumis bahan2 mayang hingga bawang layu. Masukkan cili kisar & tumis hingga wangi.


3. Masukkan kiub bilis, sedikit garam, serbuk perasa & sikit gula. Masukkan 2, 3 sudu air jika sambal terlalu kering. Kacau2 hingga sebati.


4. Masukkan terung & gaul sebati. Akhir sekali taburkan ikan bilis & gaul lagi. Hidang panas2 semasa ikan bilis masih rangup. (jika belum mahu makan.. masukkan ikan bilis kemudian apabila dah sedia untuk dihidangkan.. hanya masukkan ikan bilis & gaul.. takperlu dipasangkan api dapur)


Kredit : mamawandiha

Comments